Filem Layla Majnun : Suatu Kritikan

Kritikan Terhadap Filem

   Filem Indonesia : Layla Majnun


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ



    Filem Indonesia berjudul Layla Majnun ini dibintangi oleh Reza Rahadian dan Acha Septriasa. Sedikit sinopsis daripada cerita Layla Majnun ini menggambarkan tentang perjuangan Layla (Acha Septriasa) dalam menentukan pilihan antara cita-citanya, cinta sejati, atau menjaga nama baik keluarganya. Layla merupakan seorang guru bahasa Indonesia di sebuah sekolah sekali gus seorang penulis novel yang mempunyai peminat tegarnya di serata tempat. Dalam novel itu, ia mengisahkan tentang proses sembuh dirinya yang menggambarkan kesedihan setelah dia telah kehilangan ayahnya saat masih kanak-kanak. Setelah Layla menerima tawaran untuk menjadi pensyarah di sebuah universiti di Azerbaijan, Turki. Namun setelah perkhabaran berita itu diterima, Layla sekali lagi dikejutkan oleh ibunya bahawa dia akan dijodohkan dengan Ibnu. Dia (Ibnu) merupakan temannya sejak kecil sekaligus seorang bangsawan yang agak berpengaruh di negerinya. Ibnu juga telah banyak membantu keluarga Layla dari segi kewangan. Oleh kerana ingin membalas baik budi keluarga Ibnu, sekaligus ingin berbakti terhadap keluarganya, Layla akhirnya terpaksa menerima perjodohan yang telah diatur oleh keluarga mereka. Walau bagaimanapun, segalanya berubah setelah Layla tiba di negara itu di mana dia telah dipertemukan dengan seorang lelaki yang berjaya mencuri hatinya. Samir (Reza Rahadian), seorang lelaki Azerbaijan yang pernah menjadi pelajar di Indonesia dan penggemar sastera dan juga novel karya Layla.

Demikianlah sinopsis ringkas mengenai Filem Indonesia Layla Majnun. Dari segi lakonan, tidak terlihat sedikitpun pertikaian oleh kedua-dua pelakon profesional yang sangat berbakat ini. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa persoalan yang terdapat dalam filem ini terutama dari aspek penceritaannya. Persoalan yang pertama ialah adakah filem ini mahu mengangkat cerita sebenar Laila Majnun? dan yang kedua, adakah adaptasi filem ini dari cerita asal Laila Majnun. Menurut dari segi pemerhatian, filem ini hanyalah sekadar adaptasi dari kisah lagenda Laila Majnun itu sendiri. Dalam filem ini juga mereka mengambil dari beberapa syair yang diterjemah dalam bahasa Indonesia. Masalahnya adalah bagaimana keresahan itu boleh ditampilkan dalam bentuk visual. Yang sama ada adalah kritikan pada konsep cinta iaitu soal ketulusan dan kejujuran. Kekurangan watak Laila dalam cerita ini dapat dilihat melalui tingkah seorang Laila yang tidak berhati-hati dalam membuat keputusan. 

Dilihat juga dalam cerita ini, Laila amat terburu-buru menerima aturan keluarga untuk dijodohkan bersama Ibnu. Selepas Laila berhijrah ke Turki sebagai seorang pensyarah, tempoh kisah percintaannya dengan seorang lelaki Azerbaijan terlalu samar-samar kerana dilihat bahawa hatinya mudah benar merubah. Hal ini dikatakan demikian, filem ini bukanlah sama seperti gambaran kisah cinta yang sebenar seperti cerita asal Laila Majnun. Seperti yang kita ketahui, watak Samir dalam filem ini tidak sama seperti tahap kegilaan seorang Qais (Majnun) yang mengasingkan dirinya dalam mencari perjalanan baharu dalam hidupnya daripada seorang waras hingga menjadi gila. Plot pada awal filem ini, watak sebenar Ibnu (Baim Wong) sebagai seorang yang buruk sifatnya tidak ditonjolkan pada awal penceritaan. Seharusnya, pada tahap perkembangan konflik watak itulah sepatutnya lebih awal. Pada akhir cerita itu, penamatnya terlalu drastik dalam menggambarkan bahawa watak Ibnu itu seorang yang tidak baik dan jahat. 

Menurut Hashim Awang (1997), kritikan kesusasteraan merupakan suatu usaha untuk menilai hasil hasil ciptaan seseorang sasterawan atau penulis sastera dengan yang beralas serta bersistem dan bertujuan untuk mengembangkan sesuatu yang difikirkan baik lagi indah. Meskipun filem ini hanyalah sebuah adaptasi, tetapi kaedah filem ini dalam menggambarkan tentang keresahan tentang perasaan dalam cerita asal Laila Majnun sebenarnya agak kurang sesuai. Kontradiksinya, filem hebat dari Indonesia ini berjaya buat satu adaptasi berdasarkan kisah lagenda. Walaupun filem ini tidaklah mengikut gaya penceritaan daripada kisah sebenar Layla Majnun karya Syeikh Nizami Gaijav. Perkara ini membuatkan karya agung asal semakin dilupakan bimbang jika suatu hari nanti disalah ertikan. Filem ini juga tidak spesifikkan bagaimana lelaki itu jatuh cinta pada Laila. Seperkara lagi yang membuatkan diriku kagum adalah dari segi sinematografik visualnya dan alur penceritaannya sangat luar biasa.

Secara asasnya, sejarah silam zaman arab dahulu terutama pada zaman Abasiyyah sangat terkenal dengan karya seni sastera. Kisah asal Laila Majnun ini bukan berasal daripada cerita tetapi melalui syair. Negara arab dahulu secara budayanya sangat terkenal dengan syair. Kebanyakan masyarakat arab dahulu boleh menghafal satu ribu syair dengan mudah. Seorang sarjana Nizami Gaijav mengumpul syair dan mengkaji secara satu persatu akhirnya membentuk hingga menjadi satu cerita penuh Laila Majnun. Kisah asal cerita ini pada asalnya adalah berkenaan dari kisah ayahanda Laila yang tidak suka dengan Qais kerana dirinya merupakan orang biasa yang bukan berketurunan bangsawan kerana Si Qais kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Akhirnya Laila dipaksa berkahwin dengan seorang lelaki yang merupakan ahli peniaga. Qias (Majnun) menyendiri pergi membawa diri ke pergunungan bersyair seorang diri. Hinggalah Qais menjalani proses yang pada asalnya waras lalu bertukar menjadi seorang yang tidak normal sehingga dipanggil Majnun yang membawa makna 'gila'.  Kerana fikiran seorang Majnun ketika itu hanyalah cuma Laila sahaja. Tidak ada perkara lain yang menganggu sudut pandang jiwanya. 

Secara rumusannya, kisah ini bukan sahaja mengenai cerita cinta antara dua orang manusia lara kerana banyak sarjana yang melihat simbolik daripada kisah Laila Majnun ini adalah sebenarnya sebagai tamsilan kepada kisah cinta seorang manusia kepada Tuhannya. 

"Yang indah itu bukan dinding tetapi disebalik dinding itu. Sudut yang sangat penting iaitu menafsirkan bahawa perumpamaan makna itu sebenarnya adalah untuk Tuhannya". 

Ada juga yang menyatakan kisah Laila Majnun ini merupakan simbolik seorang sufi bercinta dengan Tuhannya. Maka, makna disebalik kisah cinta yang agung sampai ke hari ini. Wallahu'alam Bissawab.


في خير ولطف وعافية

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ulasan

Catatan Popular