Buku Sastera : Iman Markisa

Buku Sastera

Novel Iman Markisa Karya Aminah Mokhtar


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Perkataan sastera berasal daripada bahasa sanskrit "castra". Kesusasteraan tulisan ialah kesusasteraan yang disampaikan secara bertulis. Pada awalnya, tulisan jawi digunakan untuk menulis kesusasteraan. Sebelum adanya alat pencetak, banyak karya sastera bertulis dengan tangan sahaja. Contohnya Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu. Setelah masyarakat didatangi peradaban barat, alat cetak dan tulisan rumi telah mula di perkenalkan. Contoh karya-karya sastera adalah seperti Hikayat Sang Kancil. Sastera bertulis berbentuk cerita terbahagi kepada tiga iaitu novel, cerpen dan drama.

Novel Iman Markisa ini merupakan kisah tauladan. Kisah yang saya harap bisa menjadi penguat semangat pada "saudara baharu" kita. Kisah dalam buku ini mengingatkan saya bahawa api tidak boleh berlawan dengan api dan orang yang bersabar itu pasti akan menang jua pada akhirnya. Terdapat beberapa hal yang membuatkan saya terpegun adalah kerana keindahan bahasa yang memukau. Penulis juga meninggalkan banyak persoalan yang membuatkan pembaca tertanya serta plot yang sangat jelas.

Iman Markisa ialah seorang gadis cina yang bertukar anutan dan kepercayaanya kepada agama islam dan dia merahsiakan perkara ini daripada keluarganya. Novel ini juga mengenai sebuah kisah pergolakan masyarakat dalam sebuah kampung yang kecil, walau satu bangsa dan satu agama, namun disebabkan sifat mazmumah manusia yang sudah lama bertapak di kampung itu, membuatkan kampung Kiambang mati tenggelam dimakan masa dan ditinggalkan zaman. Hanya dengan iman, ia mampu menghidupkan kembali jiwa kampung itu dengan mengikuti peraliran zaman seperti yang tertera pada sinopsis buku ini;

"IMAN. Yang membebaskan manusia daripada segala kuasa. Kecuali kuasa Tuhan. Yang membunuh segala takut, bimbang. Kecuali kepada Tuhan. Yang membentang jalan lurus benar, yang membina benteng sabar dan reda."

Mengenai penulis buku ini, Aminah Mokhtar; merupakan seorang jururawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Selain merupakan seorang jururawat, Aminah Mokhtar juga merupakan seorang penulis yang berbakat. Ini terbukti dengan kejayaan novel-novelnya memenangi Hadiah ke-2 Cerpen Formula Malaysia (menerusi cerpen Keberangkatan ke Bintang) dan Tempat ke-3 Hadiah Sako 2 (menerusi novel Iman Markisa). Aminah Mokhtar, memenangi Anugerah Sasterawan Johor 2021. Atas kemenangan besar Aminah Mokhtar kali ini dalam pelbagai kategori yang dipertandingkan, anak jati Johor ini juga telah berjaya membawa balik Anugerah Sasterawan Johor, iaitu Anugerah Khas AS 2021 atas kecemerlangan besarnya menghasilkan beberapa karya bermutu dalam pelbagai genre.

Konklusinya, ‘Iman Markisa’ adalah satu karya yang sangat mengagumkan untuk dimiliki. Semoga mendapat manfaat dalam meneliti setiap pengajarannya. Hayati, kaji dan fahamilah karya ini.

في خير ولطف وعافية

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ulasan

Catatan Popular